MasyaAllah....ape nak jadi dengan remaja zaman sekarang?? Maksiat dimana-mana walaupun pada 10 malam terakhir Ramadhan ini. Sepatutnya bulan mulia ini kita mengejar untuk melakukan amal ibadah. Ntah bila-bila aje dunia nie akan kiamat. Membuat gua terfikir, beginikah perangai dan gaya hidup remaja masa kini? Seawal umur 15tahun, malah ade yang baru 6-7 tahun sudah mengenali apa itu seks. Sedangkan gua dulu umur 15tahun tak tau pun ape erti bercinta tu. huhuhu~ Membuat gua berfikir 3-4 kali untuk mempunyai anak.huhu~
Dari Mymetro ::
Dari Mymetro ::
***
ALOR SETAR: Dua remaja lelaki berusia 15 tahun ditahan selepas membawa teman wanita berkongsi sebuah bilik di sebuah hotel dekat Kuah, Langkawi, untuk mengadakan hubungan seks, awal pagi kelmarin.
Malah, mereka bukan saja melakukan kegiatan tidak bermoral itu ketika umat Islam bersiap-siap untuk bersahur, tetapi turut ‘berani’ dengan menyewa hotel yang hanya terletak bersebelahan Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal).
Pegawai Penyiasat Padal, Muhammad Hidayat Halim, berkata dalam serbuan itu, sepasukan anggotanya yang diketuai Saiful Aswad Kasa membuat pemeriksaan di hotel itu dan mendapati sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati bilik itu dikunci, manakala lampunya tertutup menyebabkan anggotanya mengetuk pintu dan memberi salam berulang kali.
“Pemeriksaan kemudian menemui pasangannya hanya berseluar pendek. Kedua-dua remaja itu mengaku baru selesai melakukan hubungan seks,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Muhammad Hidayat berkata, turut berada di situ sepasang kekasih yang berpakaian lengkap dipercayai baru bangun tidur.
Katanya, pihaknya turut mendapati remaja itu membuat ‘tembok’ menggunakan kerusi dan tuala di katil bilik itu supaya masing-masing tidak dapat melihat ketika melakukan hubungan seks dipercayai kerana malu.
“Berdasarkan soal siasat, dua remaja perempuan berusia 16 tahun dan sudah tidak bersekolah itu bekerja di sebuah kafe dan baru berkenalan pelajar lelaki itu.
“Mereka berasal dari Langkawi dan mengaku menyewa di hotel berkenaan semata-mata untuk melakukan hubungan seks berikutan keadaan katil dan tilam berselerak dalam bilik itu,” katanya.
*****
Sangat menakutkan. Walapun syaitan telah dibelenggu, namun hawa nafsu yang tidak dikawal bisa menjebakkan kita kekancah dosa. Ya Allah, lindungilah kami dan kuatkanlah iman kami supaya tidak tunduk dengan nafsu yang membawa kepada keburukan. Semoga ramadhan ini kita amik iktibar dan berusaha untuk memperbaiki diri masing-masing.
****************************
No comments:
Post a Comment