Shining Star





Welcome Note

♥You can call me Ady!!♥I shall blow off the increasing no of candles each year on the 9 day of Mac!!♥I am a typical person just like you and loves to laugh..♥Probably I am crazy over facebooking and bloging!!♥I describe myself as a simple down to earth person..♥At times, I can be extreme, crazy, bubbly and all that jazz..♥I love to hang out..but I'm deadly shy when it comes to meeting new people..♥I love music and i appreciate arts..♥I am a die-hard fan of X Japan, Metallica and Megadeth!! ^^ Now, tell me, is it a bit too childish to like fantasy and love??♥ So far, I can conclude three types of people I hate the most in this world - copycats, boastful people and backstabbers!!♥To me, they simply suck..♥ So if you are one, please get lost before I bash you up!!♥ (just kidding, i'm not the violent type)♥
Showing posts with label Info n Tips. Show all posts
Showing posts with label Info n Tips. Show all posts

18 May 2012

Andai Rasulullah S.A.W Melihat Aku Berfacebook



In the name of Allah..

Salam’alaik.

Just nak share sedikit perkongsian daripada usrah tadi. Tajuknya Andai Rasulullah s.a.w Melihat Aku Berfacebook. Apa yang korang nampak bila dengar tajuk tu? 

As we know, setiap sesuatu ada ‘pros and cons‘nya kan? Apa benefit facebook and apa pulakdisadvantagenya?

Usrah-mates cakap facebook ni dapat menambah kenalan. Ada jugak yang cakap “disebabkan kita friend dengan bermacam  umur manusia, so sedikit sebanyak kita dapat tahu apa yang berlaku. Contohnya di universiti. Kira dapat information la sikit pasal U.” Ye dak? Hah, ada jugak yang jawab, facebook ni boleh jadi alat untuk kita menarik minat non-muslim terhadap Islam. Dan dia cerita pengalaman dia ber’chatting‘ dengan seorang kristian.

Muslimah vs Facebook

Nampak tak sebenarnya apa yang saya try nak sampaikan melalui tajuk tu?

What’s with that face?? Tak faham la tu.

Ok, begini ya anak-anak. Kalaulah kan.. seandainya Rasulullah s.a.w masih ada, bersama kita, melihat kita.. agak-agak camne? Apalagi bila Baginda tengok kita muslimah ni dengan apa yang kita buat.Highlight sini; BILA KITA BERFACEBOOK.

Agak-agak kena puji atau kena tegur?

Sebelum tu kena check dulu. Apa yang kita buat dengan FB kita. Gi check nuh! Bermanfaat untuk orang lain atau tak?

Dedah aurat tak kat fesbuk? Kalau dah tutup aurat pun, still berbalas komen dengan mesra tak dengan lelaki? Chatting yang tak penting? Gambar tayang sesuka hati? Ada tak gambar yang spesis menggoda gitu.. acu check.

Dah check? Ok sambung.

Kalau Nabi s.a.w tengok bagaimana kita berfesbuk ni, agak-agak kena puji tak? Masa nak berfesbuk tu, apa rujukan anda? Siapa sasaran status anda? Banyak jenis orang kat fesbuk ni. Ada yang buat fesbuk macam diari.

“fesbuk aku, suka hati aku la nak post apa pun!”

Ok fine. Kami cuma nak tolong.

Btw, yang sedihnya bila golongan muslimah, yang faham pengertian ikhtilat, yang faham apa yang wajib dia faham, pun ter’jerumus’ dalam the bad side of FB. The bad side of FB? Muslimah? macam mana tu? Begini..

Bagaimana syaitan menghias maksiat, kaburkan pandangan kita. Yang buruk tu nampak macam baik. Faham tak ni?

Contoh mudah. Kita couple. Couple islamik la kononnya. Datang istilah dari mana tak tau la.

“Kita tak pernah jumpa pun ngan boyfie kita. Mesej-mesej je. Tu pun sebulan dua kali. Mesej yang elok-elok je la. Kejut tahajud, subuh, bagi nasihat dan tazkirah. Kita saling cinta kerana Allah. Apa tu orang kata, ukhuwwah fillah? Ha, ye la tu. Takdenya dosa. Kami tahu syariat sebab tu tak couple macam orang lain. Couple macam orang lain tu kan taqrabul zina. Kami ingat dosa lagi tau.”

Apakah?

Contoh dalam fesbuk. Kita post status Islamik, then ada la rijal mari bertandang,
“Bagusla enti ni. Post status yang bermanfaat untuk semua. Kalau enti masuk ustazah pilihan confirmmenang ni.”
“Eh, takdela. Biasa-biasa je. Enta tu lagi hebat. Post hadith memanjang. Kalau masuk Imam Muda, mesti kalah semua orang.”

Nampak?

Wahai saudara seangkatan segenderku! Sape yang buka ruang sebenarnya ni? Then kalau ikhwah tu tetiba jadi a little bit ‘gatal’, mula la nak cakap, “Eh, dia ni. Nampak je waro’ tapi miang jugak.” “Tak sangka dia berani nak hint-hint aku. Dia sedar tak aku ni sape, dia tu sape?”

 Pulak.. Kasihan muslimin. Dipersalah terus menerus. Hey, jangan salah faham. Bukan nak back uppakatan axis Y ni. Tapi kadang-kadang ada certain benda tu salah kita sebenarnya. Saya cakap melalui pengalaman. Well, sememangnya pengalaman tu the best teacher kan? Saya bukan cakap ikut rasa. Ikut pandai. Tapi sebab I’ve gone through all those thingsAnd saya sedar most of them tu, memang salah saya. Salah saya TERLALU BERANI. Sebab saya TERLALU MESRA. Kan? Watch out dear, banyak mata-mata memandang tindak-tanduk kita. Dan kita tak pernah terlepas dari pandangan Allah.

Seterusnya, post status cinta. Semua status dia tuh bertemakan cinta. Cinta islamik popular sekarang ni kat fesbuk. Ye dak? Banyak page-page cinta islamik.

Buka je fesbuk. Dekat home tu boleh dikatakan half or lebih yang post pasal cinta. Termasuk saya, kadang-kadang.
“Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu. Kalau hilang agamamu, maka hilanglah cintaku padamu.”

Tipu kalau tak pernah dengar quote tuh.

“Aku menunggumu kerana Allah.”

Apakah? *sekali lagi*

Remaja.. jangan layu sangat dengan falsafah cinta. Da’ie itu bukan membuang masanya dengan falsafah cinta sahaja. Bimbang mulut menutur nasihat cinta islami, sedangkan hati sedang memujuk nafsu agar mendekati.

Jangan salah faham. Bukan nak cakap benda ni salah. Bagusla cinta berlandaskan iman kan. Tapi takkan tu je yang kita fikir? Kalau lah kecintaan terhadap ummah macam ni.. Subhanallah.. Musuh islam pun gerun tengok kita.

Ada jugak yang spisis ‘aku like kau, kau like aku’. Tiap-tiap status dia like. Macam pelik je, status yang tak menarik pun di’like‘. Ni like status ke like tuan status? Status sesama gender tu kurang pulak dia naklike. Status yang different gender tu jugak dia nak like. Apa tuh orang kata.. macam magnet. Kan? Kalau North sama North, dia tolak. North dengan South baru boleh tertarik. Magnet nak main aci-tarik-aci-tolak pun takpe la. Magnet dok reti halal haram. Ikut suke dia la. Tapi yang hang tu. Sepatutnya dah terlebih faham kan.

Lagi satu, pasal gambar. Kalau boleh tak payah la nak upload gambar yang jelas terang tang-tang sampai nampak segala jerawat. Oppss.. terlebih. Muslimah, even awak tutup aurat dah perfect pun, jangan jadikan mende tu as a lesen untuk awak upload gambar sesuka hati. Kita tak tau hati orang. Kita tak tau apa yang orang pakatan axis Y tu fikir, nampak pasal kita tau. Kasi tebal sikit malu tu eyh? Kau pun  sama la. OK. (tundukmaluterusberlalu)

And untuk kamu yang berniqob. Tau la nampak mata je kan. Tapi saya tengok awak tu pun saya dah boleh bajet yang awak tu cun-melecun. So, please? Letak gambar lain eyh? Jangan nanti terpesong niat pulak. Moga dijauhkan. Kita berniqob kerana Allah. Sebab nak jadi lebih baik dari sebelum ni. So, rasanya tak perlu kot letak gambar berniqob yang agak jelas. Gambar individual, kalau ramai-ramai lain cerita. Masalahnya gambar yang shooting dekat. Jelas keindahan mata yang mempesonakan. (Sila jangan bengang, saya pun niqobi jugak.)

Andai Rasulullah s.a.w melihat aku berfesbuk.. apakah reaksinya..
Kecewakah dia denganku? Allah.. peliharalah diri kami dari segala yang membinasakan..

Entry ini hanya sekadar perkongsian, pandangan. Take it or leave it. Don’t judge a writing by its author. Aku hanya hamba yang dhoif, baru belajar nak kenal Tuhan :’)

Jom jadi pelik! Hidup GENERASI GHURABA’!

Seriously,terkesan dengan post ni.harap sama-sama kita dapat cari iktibar.insyaAllah! =)

14 May 2012

Zikrullah: Mencari ketenangan HATI

Zikrullah: Mencari ketenangan HATI

Assalamualaikum. Semoga sahabat usrah berada dalam rahmat Ilahi. Sentiasa, amin.
Zikrullah: Mencari ketenangan HATI
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang.
Ada orang berkata, "ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?"
Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli).
Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan. Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli.
Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af'al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.
Dimensi Kata, Rasa Dan Tindakan
Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi "hadiah" kepadanya. Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai..." (Surah At Tahrim: 8)
Firman Allah lagi:
"... Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri." (Surah Al-Baqarah: 222)
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan –forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kita?
Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.
Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:
Rasa kehambaan. Rasa bertuhan. Memahami maksud takdir. Mendapat hikmah di sebalik ujian.
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Rasa Kehambaan
Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:
"Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman." (Surah At Taubah: 51)
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita "memberontak" hati akan bertambah kacau.
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah "memberontak" kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya.
Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya.
Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu "demonstrasi" seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.
Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja' – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:
"...Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali." (Surah Al-Baqarah: 156)
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja'?
Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.
Rasa Bertuhan
Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah.
Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, "la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!"
Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa.
Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.
Firman Allah:
"Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat." (Surah Al-Baqarah)
Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:
"Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)
Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
Maksudnya: "Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan." – Al Hadis
Memahami Maksud Takdir Allah
Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.
Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:
"Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)
Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, "barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."
Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan... mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.
Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."
Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih "kerja Tuhan" yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: "It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!"
Mendapat Hikmah Bila Diuji
Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh "mehnah" – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!"
Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian.
Ringkasnya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.
Firman Allah: "Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan kegoncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" (Surah Al-Baqarah: 214)
Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Malah dalam keadaan berdosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu pengampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.
Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."
Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati. Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.
Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.
Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat... hanya berada di dalam hati sendiri!

13 May 2012

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Jerawat




Pilihan 1: Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harinya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

Pilihan 2: Ambil asam jawa dan gosokkan ke seluruh muka anda. Gosokkan pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan dalam masa beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Pilihan 3: Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Pilihan 4: Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan 2 jenis sahaja. Semua akar tersebut diasah di buntot pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebagai bedak sejuk.

Pilihan 5: Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tersebut sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberapa kali.

Pilihan 6: Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Pilihan 7: Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih. Selepas itu, sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Pilihan 8: Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia kering sendiri. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Pilihan 9: Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut, anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Pilihan 10: Giling sedikit ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama 2 malam. Apabila halus, bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering. Jika hendak digunakan, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan.

Pilihan 11: Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan. Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini. Buat begini setiap pagi dan malam.


Pilihan 12: Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga Tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan, jerawat akan kering dan pupus.

Pilihan 13: Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka hingga ke leher. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air sejuk.


Pilihan 14: Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Duduk senyap-senyap dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Setelah 40minit, cuci muka anda dengan air suam. Muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 15: Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu kemudian campurkan dengan air rendaman tersebuti. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 16: Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Pilihan 17: Giling beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit 5 sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.

Pilihan 18: Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh.

Pilihan 19: Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

Pilihan 20: Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

Pilihan 21: Belah 2 biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

15 February 2012

Kelebihan Waktu Solat: Rahsia ALLAH

Kelebihan Waktu Solat: Rahsia ALLAH

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?



Waktu Subuh 

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar 

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib 

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak 

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail 

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.


Hurm, begitulah rahsia waktu solat 5 kali sehari semalam yang wajib kita tunaikan. Semoga dengan kehadiran artikel ini, kita lebih bersemangat dan bermotivasi untuk menunaikan solat!

Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (maksud Hadith)