Cabaran Dalam Kehidupan
Apa ertinya kehidupan
kalau tak tahu arah tujuan
hidup mesti mahu untung
kalau rugi menyusahkan
buat apa bertanya orang
cuba dulu baru tahu
kalau gagal bukan bererti mati
buka minda , buka fikiran
jangan kolot nanti ketinggalan
imej aku cara aku
buat apa kau nak peduli
kerna aku adalah aku
dan kamu tak perlu meniru cara ku
jangan takut dengan cabaran
kerna dengan cabaran kita akan mara ke hadapan
hidup ini umpama kertas
terpulang pada diri sendiri bagaimana mencoraknya
yang penting perlu ada wawasan
jangan ikut rentak orang
perlu yakin pada diri sendiri
tetapkan tujuan dan fikiran
jangan mudah mengalah jika gagal
bangunlah dari mimpi
majukan diri bergerak kehadapan
rintangi segala cabaran dengan kesabaran
kerana...
bila berjaya kelak
itulah sebenarnya kemenangan dalam kehidupan
Nukilan Ady Saiful Noor
No comments:
Post a Comment