Shining Star





Welcome Note

♥You can call me Ady!!♥I shall blow off the increasing no of candles each year on the 9 day of Mac!!♥I am a typical person just like you and loves to laugh..♥Probably I am crazy over facebooking and bloging!!♥I describe myself as a simple down to earth person..♥At times, I can be extreme, crazy, bubbly and all that jazz..♥I love to hang out..but I'm deadly shy when it comes to meeting new people..♥I love music and i appreciate arts..♥I am a die-hard fan of X Japan, Metallica and Megadeth!! ^^ Now, tell me, is it a bit too childish to like fantasy and love??♥ So far, I can conclude three types of people I hate the most in this world - copycats, boastful people and backstabbers!!♥To me, they simply suck..♥ So if you are one, please get lost before I bash you up!!♥ (just kidding, i'm not the violent type)♥

15 October 2011

Lagi2 Kes Lari Rumah


Di Petik Dari Harian Kosmo 14 oct 2011



KANGAR – Seorang bapa runsing apabila anak perempuannya lari dari rumah dipercayai mengikut rakan lelaki yang dikenali melalui laman sosial, Facebook sejak tiga hari lalu.

Menurut Mohd. Sabri Samat, 35, kehilangan anaknya, Nurul Nur Syawaltie, 14, disedari apabila dia tidak pulang ke rumah selepas tamat waktu persekolahan di Sekolah Menengah Putra di sini Rabu lalu.

Ujarnya, dia kemudian menghubungi pihak sekolah, namun terkejut apabila dimaklumkan anak sulung daripada lima beradik itu rupa-rupanya tidak hadir ke sekolah pada hari berkenaan.

“Saya hanya menjumpai basikal anak saya yang ditinggalkan di taman perumahan di sebelah sekolahnya.

“Selepas menunggu hingga lewat malam, dia masih tidak pulang ke rumah dan berikutan itu saya membuat laporan di Balai Polis Kangar kira-kira pukul 1.30 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Dato Jaafar di sini semalam.

Mohd. Sabri berkata, dia mengesyaki kehilangan Nurul Nur Syawaltie ada kaitan dengan seorang lelaki berusia 20-an yang dikenali oleh anak gadisnya itu melalui Facebook.

“Sejak kebelakangan ini, dia kerap bermain Facebook dan sehari sebelum kejadian, saya terdengar dia berbual di telefon bimbit dengan rakan yang mengajaknya berjalan-jalan di Pulau Pinang,” ujarnya.

Malah, katanya, beberapa orang rakan sekolah Nurul Nur Syawaltie juga memberitahunya bahawa anaknya itu ada meluahkan rasa tidak gembira tinggal di Kangar melalui Facebook.

“Sebelum ini, kami sekeluarga menetap di Pulau Pinang lebih lima tahun ketika saya bekerja di sana dan kami baru setahun tinggal di Kangar,” ujarnya.
Ujarnya, dia percaya anaknya itu menghilangkan diri bersama seorang lagi rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Amira.

Katanya, orang ramai yang berjumpa atau mempunyai maklumat mengenai Nurul Nur Syawaltie diminta menghubunginya di talian 016-4871042 atau balai polis berhampiran.

Di Petik Dari Harian Kosmo 14 oct 2011

pagi2 bukak paper ternampak berita nih. rase nak marah pun ade..macam2 la budak2 zaman sekarang. tak sayang mak bapak die ke apa budak nih. kesian family kat rumah. dahla still sekolah. harap2 pihak berkuasa dapat jumpa budak ni secepat mungkin. kalau ye pun tak suka duk Kangar tu, cakapla kat mak ayah. yang hang duk pi ikut kawan facebook yang hang taktau hati budi tu wat pa la kan. budak2 lagu nih, kalo yang tua2 pulak ikut balak. macam2 la budak2 sekarang ni...

No comments:

Post a Comment