Kesunyian Dan Keseorangan
ku cuba mengikut gerak kaki
sampai ke hutan ku kesepian
aku berlari lagi mengikut gerak langkahku
sampai ke pantai aku menjerit
aku cuba berlari,lari dari kenyataan,
lari dari kesunyian dan keseorangan....
tapi kenapa?
kenapa aku tidak menyanyi ketika aku kesunyian?
adakah aku zalim?
atau hanya berpura pura untuk satu kegembiraan?
kenapa tidak aku mainkan lagu ketika aku keseorangan?
adakah ini satu pembohongan?
aku menuju ke hutan aku kesunyian
dan aku ke pantai aku menjerit kerana
aku benci kesunyian dan keseorangan
nukilan Ady Sqiful Noor
No comments:
Post a Comment