Gadis Bertudung Kelabu
seandainya masa itu
dapat kembali ke masa lalu
alangkah indahnya dunia ku
seandainya hari ini
seperti masa dulu
mungkin dapat aku bersua dengan mu
maka dapatlah menatap wajahmu
maka dapatlah bersenda dengan mu
menatap wajah mu yang ayu
wajah disebalik tudung kelabu
wahai gadis bertudung kelabu
mengapa begitu pantas masa berlalu
ketika hatiku sedang terusik
ketika cinta ku sudah berputik
umpama bunga hampir mekar
kenapa???
wahai gadis bertudung kelabu
gadis yang penuh misteri
senda mu penawar lara ku
senyuman mu semangat bagi ku
biarpun seketika cuma
sudah memadai bagi ku
kerna.....
gadis bertudung unggu
siapakah namamu
di manakah tempat tinggal mu
adakah dirimu wujud
atau sekadar ilusi ku semata
adakah ikhlas senyuman mu
atau sekadar kepuraan semata
mata mu terselit satu perasaan
adakah kesedihan
atau muslihat penuh misteri
tapi aku tak kisah
kerana mu
gadis bertudung kelabu
Nukilan Ady Saiful Noor
No comments:
Post a Comment