Shining Star





Welcome Note

♥You can call me Ady!!♥I shall blow off the increasing no of candles each year on the 9 day of Mac!!♥I am a typical person just like you and loves to laugh..♥Probably I am crazy over facebooking and bloging!!♥I describe myself as a simple down to earth person..♥At times, I can be extreme, crazy, bubbly and all that jazz..♥I love to hang out..but I'm deadly shy when it comes to meeting new people..♥I love music and i appreciate arts..♥I am a die-hard fan of X Japan, Metallica and Megadeth!! ^^ Now, tell me, is it a bit too childish to like fantasy and love??♥ So far, I can conclude three types of people I hate the most in this world - copycats, boastful people and backstabbers!!♥To me, they simply suck..♥ So if you are one, please get lost before I bash you up!!♥ (just kidding, i'm not the violent type)♥

13 May 2012

Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Jerawat




Pilihan 1: Campurkan air limau nipis dengan 1 sudu minyak masak. Sebelum anda tidur, sapukan campuran tersebut ke seluruh muka anda. Sekiranya anda berasa pedih, ia hanya sementara sahaja. Keesokkan harinya, ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

Pilihan 2: Ambil asam jawa dan gosokkan ke seluruh muka anda. Gosokkan pada tempat -tempat yang berparut. Biarkan dalam masa beberapa minit, kemudian basuh dengan air biasa. Muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Pilihan 3: Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa. Kemudian sapukan ke muka anda. Amalkan selalu seperti anda mengamalkan penggunaan bedak sejuk. Muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Pilihan 4: Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur, akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan. Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini, memadailah dengan 2 jenis sahaja. Semua akar tersebut diasah di buntot pasu dengan sedikit air. Sapukan ke seluruh muka anda sebagai bedak sejuk.

Pilihan 5: Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tersebut sehingga sebati, kemudian tapis . Minumlah airnya beberapa kali.

Pilihan 6: Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Pilihan 7: Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih. Selepas itu, sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Pilihan 8: Basuh muka dengan air suam, kemudian gosoklah muka dengan tomato masak. Biarkan ia kering sendiri. Selepas itu bilas muka anda dengan air suam.

Pilihan 9: Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka. Apabila kering, bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut, anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Pilihan 10: Giling sedikit ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama 2 malam. Apabila halus, bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering. Jika hendak digunakan, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan.

Pilihan 11: Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan. Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini. Buat begini setiap pagi dan malam.


Pilihan 12: Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga Tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan, jerawat akan kering dan pupus.

Pilihan 13: Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu, gosokkan ke muka hingga ke leher. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air sejuk.


Pilihan 14: Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Duduk senyap-senyap dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Setelah 40minit, cuci muka anda dengan air suam. Muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 15: Rendam asam gelugur semalaman. Tumbuk pucuk jambu batu kemudian campurkan dengan air rendaman tersebuti. Sapukan di muka. Biarkan beberapa minit. Lakukan 3 kali seminggu.

Pilihan 16: Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tepekkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Pilihan 17: Giling beras dengan daun inai hingga lumat. Bulatkan adunan sebesar duit 5 sen dan jemur hingga kering. Apabila hendak menggunakannya, titis sedikit air limau nipis. Sapukan pada muka menggunakan belahan kentang.

Pilihan 18: Campurkan serbuk kayu manis dengan bedak sejuk dan sedikit air. Kemudian sapukan campuran tadi pada muka sebelum tidur. Lakukan seberapa kerap yang boleh.

Pilihan 19: Gosok beberapa helai pucuk daun tanjung pada telapak tangan, kalau boleh biar hingga lumat. Kemudian gosokkan ke muka dan biarkan kering. Basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.

Pilihan 20: Campurkan susu tepung dengan air bersih. Kemudian tepekkan ke muka setiap malam dan setelah kering basuh kering basuh muka dengan air suam. Amalkan selalu.

Pilihan 21: Belah 2 biji tomato. Sapukan rata pada muka sebelum tidur. Biarkan sehingga kering. Buangkan biji tomato yang melekat di muka. Keesokan harinya, basuh muka dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

No comments:

Post a Comment