Korang pernah minum berdiri? Perkara ni memang biasa kita dapat lihat dimana-mana pun. Hatta diri kita pun kadang-kadang minum sambil berdiri.
Kita mesti pernah ditegur tak elok minum sambil berdiri kan? Apa cerita pasal minum berdiri ni?
Ada orang bertanya kepada sheikh Sulaiman bin Nasir Al-Ulwan tentang hukum minum berdiri. Dan ini jawapan daripada sheikh tersebut.
Para Fuqaha' telah khilaf dalam masalah hukum minum berdiri ini:
Ada yang berpendapat ianya haram, dan hanya dibolehkan jika seseorang itu terhalang untuk duduk, dan inilah pendapat Imam Ibn Qayyim berdasarkan hadis Anas dalam Sahih Muslim bahawa
"sesungguhnya Nabi SAW melarang (زجر ) minum sambil berdiri
(أن النبي صلى الله عليه وسلم زجر عن الشرب قائماً)" dan dalam riwayat yang lain berbunyi,
"Nabi SAW melarang
(نهى) rijal (laki-laki dan termasuk perempuan) dari minum berdiri
(نهى النبي صلى الله عليه وسلم أن يشرب الرجل قائماً)" beliau meriwayatkannya dari hadis Said bin al-Khudry.
Namun, para fuqaha' lainnya ada berpendapat larangan minum berdiri ini telah dimansuh (dihilangkan hukum) berdasarkan hadis Ibn Abbas yang berkata:
"aku memberi (menghulurkan) air zam-zam pada Rasulullah SAW, dan Baginda meminumnya sambil berdiri (سقيت رسول الله صلى الله عليه وسلم من زمزم فشرب وهو قائم)" hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka.
Dan dalam sahih Bukhari, hadis daripada jalan Abdul Malik bin Maisarah daripada al-Nizaal,ia berkata:
"Ali bin Abi Tholib datang ke "bab al-Ruhba" dan dia minum sambil berdiri, kemudian berkata "ada antara kamu tidak suka orang minum sambil berdiri, dan aku melihat Baginda SAW minum seperti yang aku sedang lakukan sekarang-berdiri-
(أتى عليّ رضي الله عنه على باب الرحبة فشرب قائماً فقال : إن ناساً يكره أحدهم أن يشرب وهو قائم وإني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم فعل كما رأيتموني فعلت)"
Dan dikatakan bahawa kedua-dua pilihan ini (berdiri atau duduk) adalah dibenarkan tanpa larangan/tanpa makruh (bi duun kiraha/ دون كراهة), namun minum sambil duduk adalah lebih baik kerana Baginda SAW melakukannya lebih kerap (banyak kali) berbanding berdiri. Inilah pendapat yang tepat.
Wallah-hu-a'lam (Allah lebih mengetahui)
Apa cerita pula dari sudut sains?
Di antara sebab larangan minum berdiri ialah, menurut pakar perubatan Dr Abdul Razzak Al-Kailani
“Sesungguhnya makan dan minum dalam keadaan duduk lebih baik dari segi kesihatan, lebih selamat, lebih puas. Dimana makanan dan minuman akan melalui dinding perut dengan perlahan-lahan.
Minum berdiri menyebabkan cecair akan jatuh ke dasar perut dengan laju dan akan melanggar lapisan perut. Kalau perkara ini sering berlaku dan dalam jangka masa panjang akan menyebabkan perut menjadi longgar dan jatuh sehingga menyebabkan minuman susah untuk dihadam. Begitu juga dengan makanan.
Menurut pandangan Dr Ibrahim Ar-Rawi, apabila seseorang itu berdiri ototnya menjadi tegang dan pada masa yang sama sistem imbangan pada sistem saraf pusat (central nervous system) dalam keadaan terlampau aktif mengawal semua otot, untuk melakukan proses pengimbangan dan berdiri tegak.
Ia adalah proses gabungan diantara sistem saraf dan sistem otot dalam satu masa yang menyebabkan manusia tidak mampu mengawal kedua-duanya untuk rehat. Keadaan otot yang rehat adalah syarat yang terpenting ketika makan dan minum dan keadaan ini hanya wujud ketika seseorang itu duduk.
Apabila duduk maka sistem saraf dan sistem otot dalam keadaan tenang akan menjadi aktif serta sistem penghadaman akan bertambah kemampuan (ability) untuk menerima makanan dan minuman. Ini akan menyerap (assimilation) makanan dengan cara yang betul.
Jadi minumlah sambil duduk kerana itu yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment