Shining Star





Welcome Note

♥You can call me Ady!!♥I shall blow off the increasing no of candles each year on the 9 day of Mac!!♥I am a typical person just like you and loves to laugh..♥Probably I am crazy over facebooking and bloging!!♥I describe myself as a simple down to earth person..♥At times, I can be extreme, crazy, bubbly and all that jazz..♥I love to hang out..but I'm deadly shy when it comes to meeting new people..♥I love music and i appreciate arts..♥I am a die-hard fan of X Japan, Metallica and Megadeth!! ^^ Now, tell me, is it a bit too childish to like fantasy and love??♥ So far, I can conclude three types of people I hate the most in this world - copycats, boastful people and backstabbers!!♥To me, they simply suck..♥ So if you are one, please get lost before I bash you up!!♥ (just kidding, i'm not the violent type)♥

07 October 2011

Perjalanan Ringkas High and Mighty Colour

High and Mighty Color ialah sebuah kumpulan muzik bergenre rock dari Okinawa, Jepun. Seringkali dianggap sebagai "sister band" kepada kumpulan ORANGE RANGE kerana berasal dari kepulauan yang sama. HIGH and MIGHTY COLOR lebih dikenali kerana banyak menyumbangkan lagu kepada anime-anime terkenal seperti Gundam Seed Destiny dan Bleach.


Metallica dan Anti-Nobunaga
Band bermula dengan dua orang ahli band HIGH and MIGHTY COLOR, SASSY & MEG, pada waktu itu membuat cover untuk lagu-lagu Metallica di kampung halaman mereka di Okinawa. Merasakan diri mereka boleh pergi lebih jauh, kedua-dua mereka mula mencari ahli untuk melengkapkan band mereka. Selepas meninggalkan band, SASSY menawarkan mACKAz peluang untuk menyertai band mereka. mACKAz bersetuju dan mengajak Kazuto menyertainya. Vokalis merupakan ahli yang terakhir meyertai band ini. Pada suatu hari, MEG menghadiri satu persembahan sekolah dan terkejut dan tertarik dengan satu suara, Yuusuke. MEG mengajak Yuusuke menyertai bandnya tetapi Yuusuke tidak mahu dan MEG terus memujuk Yuusuke menyertai setiap hari hampir empat bulan. Yuusuke bersetuju dan sebuah band bergelar Anti-Nobunaga hasil idea Kazuto tercipta.
Band Anti-Nobunaga menjalani aktiviti muzik mereka di kedai-kedai kecil dan teater seni selama setahun. SASSY, drummer dan juga ketua band, menghantar demo kepada setiap label major di seluruh Jepun dan hampir kesemuanya menolak demo mereka sehinggalah pada suatu hari satu unit label muzik Jepun meynyedari kehadiran mereka dan mengambil mereka sebagai artis di bawah pengurusan mereka. Band mereka sekarang menggiatkan seni mereka lebih jauh dari kepulauan Okinawa mereka sehinggalah mereka menyerai saru festival muzik tahunan Okinawa.


Kehadiran Maakii


Ketika musim panas 2003, di festival muzik tahunan Okinawa, label muzik band ini menduduki tangga teratas dan persembahan mereka laku. Disebabkan oleh persembahan mereka yang sentiasa laku, SMEJ, salah satu label muzik terbesar di Jepun, menawarkan band ini menghasilkan muzik untuk kompilasi Okinawa 2003. Band ini menghasilkan dua buah lagu bertajuk Meaning dan Hate You!.
Di sebuah festival muzik yang lain, Maakii turut mencuri perhatian pemantau yang sama. Pemantau-pemantau ini merasakan kedua-dua projek mereka yang berasingan mungkin tidak akan berjaya namun, jika disatukan, impaknya pasti menggegarkan industri muzik Jepun. Maakii pada mulanya menolak kerana ingin melanjutkan pelajaran Bahasa Inggeris di Kanada tetapi kemudiannya dipujuk oleh Anti-Nobunaga untuk menyaksikan persembahan mereka. Maakii terkejut dengan tenaga yang diberikan lalu bersetuju menjadi sebahagian dari ahli band.
Dengan kehadiran Maakii, Anti-Nobunaga bertukar menjadi HIGH and MIGHTY COLOR. Mereka menghabiskan seluruh 2004 menghasilkan produk yang terbaik. Pada akhir 2004, mereka mengeluarkan "OVER" yang hanya boleh didapati di Tower Records.


2005
HIGH and MIGHTY COLOR mengeluarkan single debut mereka, "PRIDE". Pada mulanya, "PRIDE" sepatutnya digunakan untuk perlawanan bola sepak Jepun tetapi, kemudiannya digunakan untuk kegunaan lain. Syarikat anime, "Sunrise", sedang mencari lagu yang sesuai untuk anime mereka, "GUNDAM SEED DESTINY". "GUNDAM SEED DESTINY" merupakan anime nombor 1 di Jepun. "PRIDE" menjadi terkenal sekaligus memperkenalkan HIGH and MIGHTY COLOR kepada semua. HIGH and MIGHTY COLOR kemudiannya mengeluarkan single "OVER" versi terbaru, "RUN RUN RUN" dan "Days" juga "PRIDE" versi remiks dan album berjudul G∞VER (GO OVER).


2006
April 2006, band menerbitkan album kedua mereka, Gou on PROGRESSIVE selepas mengeluarkan dua lagu dari album tersebut iaitu, Ichirin no Hana yang juga merupakan tema untuk BLEACH dan juga single STYLE~get glory in this hand~. Mereka menyertai Konvensi Anime pertama mereka di Houston, Texas. Pada Ogos, mereka mengeluarkan single ketujuh mereka "DIVE into YOURSELF" dan juga Enrai: Tooku ni aru Akari.


2007
Maakii telah berlakon untuk salah satu filem mengingati Lee Su Hyun bertajuk "Anata o Wasurenai" bersama-sama Lee Tae Sung dan menggunakan lagu Tadoritsuku Basho sebagai lagu tema dan Oxalis. 4 Febuari, San) telah diterbitkan. Pada Mac, Tama bekas ahli dan basis Prono Graffitti mengumumkan akan bekerjasama dengan Yuusuke bagi single terbaru beliau bertajuk Honnou.

Band menghadiri Konvensi Anime mereka yang kedua di Anime Central.
Single kesepuluh adalah "Dreams", sebuah balada mengenai patah hati. "Dreams menjadi lagu penutup kepada anime "Darker than Black". "Amazing" menyusuli "Dreams" dan bernada lebih rancak. Band merilis album kompilasi mereka yang pertama berjudul "10 COLOR SINGLES". Mereka juga membuat cover untuk album memorial LUNA SEA.

2008: Tahun kesedihan

Flashback / Komorebi no Uta merupakan single double A-side mereka yang kedua selepas Tadoritsuku Basho/Oxalis dan telah digunakan sebagai lagu tema anime "Hero Tales". Pada musim panas 2008, band telah membuat cover untuk lagu T.M.Revolution iaitu "HOT LIMIT". "ROCK PIT" merupakan album keempat mereka.
Pada 1 Julai, Maakii memberitahu bahawa dia telah pun berkahwin dengan basis kumpulan pop DREAMS COME TRUE, Nakamura MAsato pada 22 Jun dan akan bersara dari dunia seni pada akhir tahun 2008. Keadaan ini mengejutkan seluruh industri muzik Jepun dan peminat mereka kerana Nakamura berusia 30 tahun lebih tua dari Maakii. Sebuah konsert terakhir telah dilangsngkan di Akasaka BLITZ bertajuk LIVE BEE LOUD ~THANKS GIVING~. Single keempat belas dan terakhir dengan Maakii berjudul "Remeber" dirilis.
Pencarian pengganti Maakii telah pun dijalankan pada 7 November dan terbuka untuk wanita sahaja. Sepanjang belum bertemu dengan pengganti Maakii, ahli yang lain menjalani aktiviti muzik mereka sebagai Ant-Nobunaga semula.


2009: HALCA, pembawa harapan
Band telah berpindah ke SPICE MUSIC pada hari pertama 2009. Pada 9 Febuari, band memberitahu bahawa telah pun berjumpa dengan pengganti Maakii iaitu HALCA. Single pertama bersama HALCA juga single digital pertama telah diterbitkan di iTunes Jepun dan Amerika. "SWAMP MAN", album pertama mereka dengan HALCA diedarkan pada 2 September.
Band sibuk dengan memperkenalkan vokalis wanita terbaru mereka.
"RED" single digital ketiga mereka telah dikeluarkan sebagai penghargaan kepada dua manga terkenal karya Takahasi Hiroshi berjudul CROWS ZERO & WORST.


2010: Pengakhiran bersama
Pada 19 Mei, band memberitahu bahawa pada 11 Ogos mereka bakal mengeluarkan single kelima belas dan terakhir mereka iaitu "Re:ache". Sebab perpecahan adalah "perbezaan muzik" dan "peluang masa hadapan". Single yang berhaga ¥1,575 mengandungi lagu "night light parade" dan "daydreaming" dan juga versi live "RED". Edisi terhad mengandungi PV "Re:ache" dan "good bye" juga footage dari Sakura-con.

No comments:

Post a Comment